all about tips in Properti computer. makalah, programming, hacker, wisata, Kesehatan, Peninggi Badan, Sixpack, cara dan tips berbagai permasalahan.
5 Tips Menjadi Kaya Dengan Makan Gaji - Menjadi kaya dengan makan gaji bukanlah sesuatu yang mustahil apabila kita ada ilmu. Ada antara ikon yang kami, Tim Majalah Niaga temuramah, mereka menjadi jutawan hanya dengan makan gaji. Walaupun begitu, ada caranya selain hanya bergantung dengan gaji sedia ada.
Antara perkara penting untuk dilakukan sebelum menjadi kaya, kita tetapkan apakah maksud kaya pada definisi kita. Contoh, andai menjadi jutawan, maksud jutawan bagi saya adalah mempunyai simpanan RM1 juta dalam akaun Tabung Haji.
Dengan adanya matlamat itu, maka akan lebih mudah untuk kita rancang apa yang perlu untuk sampai ke arah matlamat itu. Ramai antara kita yang nak jadi kaya, dan jutawan. Namun mereka tidak tetapkan apakah definisi kaya dan jutawan itu bagi mereka.
BACA JUGA :
10 TIPS KEBEBASAN FINANSIA BAGI ANAK MUDA
4 TIPS MUJARAB ATASI KRISIS KEUANGAN
TIPS SUKSE MASUK PERGURUAN TINGGI NEGERI
Hasilnya sampai bila-bila mereka tidaka akan capai kekayaan dan taraf jutawan. Oleh sebab, mereka tidak tetapkan apakah takrifan kekayaan dan jutawan pada diri mereka.
Justeru, sebelum mengambil keputusan dan berimpian menjadi jutawan, tetapkan matlamat, apakah definisi jutawan pada kita. Sama juga apabila kita tetapkan matlamat nak jadi kaya. Kaya yang bagaimana? Memadai tetapkan satu matlamat utama sahaja supaya kita tidak pening dan boleh fokus pada matlamat itu. Seperti, jutawan pada saya adalah apabila saya ada RM1 juta dalam akaun Tabung Haji.
Dengan menetapkan matlamat, maka mulai sekarang, dalam apa sahaja perancangan, kita akan fokus matlamat itu. Berikut dikongsikan 5 cara menjadi kaya dengan makan gaji.
Penulis buku Rich Dad, Poor Dad, Robert T Kiyosaki menyatakan ramai orang kaya di dunia ini mencapai kebebasan kewangan melalui pendapatan pasif. Maksud pendapatan pasif dalam bahasa mudah adalah, duit masuk tanpa kita perlu bekerja untuknya.
Contoh pendapatan pasif adalah membeli rumah, dan menyewakannya kepada orang lain. Kita sebagai pemilik rumah akan dapat sewa pada tiap bulan tanpa kita perlu bekerja untuk perkara itu.
Berbanding pendapatan aktif seperti menjadi seorang pereka grafik. KIta perlu buat rekaan untuk pelanggan. Hanya dengan cara itu, kita akan dapat duit. Pelanggan bayar, kita mulakan kerja dan hantar kepada mereka.
Ia memakan tenaga, wang, masa dan energi. Pendapatan pasif juga boleh ditakrifkan, kerja sekali, untung berkali-kali. Seperti menjual ebook. Penulis ebook hanya perlu buat kerja pada sesuatu masa sahaja iaitu kerja-kerja menulis, terbit dan lancarkan. Namun, mereka akan dapat keuntungan selagi ebook itu ada jualan walau setelah beberapa tahun.
Majalah Niaga edisi 30 menampilkan Tuan Mahadi BZ sebagai ikon. Beliau adalah antara ikon yang kita boleh ikuti andai mahu bekerja dengan pendapatan tanpa batasan, iaitu sebagai perunding amanah saham (unit trust).
Walau sekarang beliau adalah jutawan amanah saham, beliau tetap bekerja di bawah sebuah syarikat iaitu bank CIMB. Cara beliau yang kita boleh adaptasi adalah kita membina empayar melalui pembinaan tim untuk orang lain sertai sebagai perunding amanah saham.
Contoh lain, kita bekerjasama dengan pemilik bisnes produk A. Kita bina tim yang bantu tingkatkan jualan. Tidak mengapa andai kita perlu berkongsi keuntungan.
Asalkan kita turut dapat membina pendapatan tanpa batasan apabila tim kita dapat buat untung bersih yang tinggi pada tiap bulan.
Itu antara syarat ketat untuk menjadi kaya dengan makan gaji. Adakalanya kerana mengikut trend sedia ada, kita jadi pak turut supaya tidak ketinggalan. Contoh, trend graduan beli kereta dengan gaji pertama, kita jadi pak turut untuk mengikuti perkara itu.
Sedangkan kita sedar, kita belum mampu memiliki kereta dengan gaji sedia ada. Tidak mengapa andai menaiki kenderaan awam, itulah perkara yang maksima kita mampu.
Tetapkan matlamat simpan berapa. Antara cara orang kaya adalah mereka simpan dulu, baru belanja. Ia dikongsikan oleh Mekanik Kewangan, Abang Abu.
Pemikiran dan jiwa kita akan berbeza apabila kita ada simpanan wang yang banyak. Bayangkan antara kita ada simpanan RM4 dengan RM4,000, apa perasaan dan pemikiran kita ketika itu?
Pasti berbeza. Justeru, sentiasa muhasabah supaya kita lihat poket sendiri. Fikirkan redha Allah berbanding tanggapan manusia.
“Hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang.” (Surah Ar Raad: 28)
Berbalik kepada prinsip ‘tengok poket sendiri’. Jangan kerana nak ikut orang dan nak orang tengok kita hebat dan poket lebat, kita buat-buat poket lebat. Penting untuk kita ada integriti (pegangan) yang kita hanya belanja saat perlu bukan mahu.
Pernah berlaku? Saat kita rasa kita beli benda yang kita mahu, suatu hari kita sedar ia bukan yang kita perlu. Dan ia hanya menjadi sesuatu barang yang menyemakkan rumah kita dan kita tak guna.
Oleh sebab itu, penting tapis sehingga 3 kali sebelum mahu ambil sesuatu barang yang kita tidak perlu. Banyakkan istighfar supaya kita tidak ikutkan nafsu ketika berbelanja. Insya-Allah didorongkan Allah membeli yang sepatutnya.
Hampir sama dengan cara ketiga. Dengan berkuli dengan pemilik bisnes, antaranya kita akan dapat pengalaman dan mengetahui selok-belok dalam bisnes itu.
Kita juga akan dapat tahu bagaimana seseorang pemilik bisnes mengetuai timnya dalam membangunkan empayar perniagaan mereka. Walau ketika itu kita mungkin makan gaji, tidak mustahil dengan pengalaman bekerja bersama mereka, kita dapat bangunkan perniagaan sendiri.
Di samping, andai kita lakukan yang terbaik sebagai pekerja walau tukang hantar barang, mereka lihat ada potensi dan suka cara kita bekerja, kita bakal dinaiktaraf menjadi rakan bisnes mereka.
Namun jangan berharap. Buktikan kepada mereka melalui tindakan tanpa perkataan. Adakalanya mereka tidak kelihatan seperti memerhati. Namun dalam diam kebiasaannya pemilik bisnes akan mencari pekerja yang boleh dijadikan rakan bisnes.
Insya-Allah apabila dipraktikkan walau hanya satu daripada cara di atas, kita mampu menjadi kaya, mempunyai pendapatan lebih daripada gaji sedia ada. Kerana hakikatnya, kita tidak boleh bergantung kepada gaji semata-mata.
Penting ada exit plan untuk kehidupan kita 20 – 30 tahun akan datang. Kita boleh adaptasi daripada petikan hadis di bawah, itulah tips menjadi kaya walau hanya memakan gaji

1. Mempunya pendapatan pasif

2. Mencari kerja dengan pendapatan tanpa batasan
Majalah Niaga edisi 30 menampilkan Tuan Mahadi BZ sebagai ikon. Beliau adalah antara ikon yang kita boleh ikuti andai mahu bekerja dengan pendapatan tanpa batasan, iaitu sebagai perunding amanah saham (unit trust).
Walau sekarang beliau adalah jutawan amanah saham, beliau tetap bekerja di bawah sebuah syarikat iaitu bank CIMB. Cara beliau yang kita boleh adaptasi adalah kita membina empayar melalui pembinaan tim untuk orang lain sertai sebagai perunding amanah saham.
Contoh lain, kita bekerjasama dengan pemilik bisnes produk A. Kita bina tim yang bantu tingkatkan jualan. Tidak mengapa andai kita perlu berkongsi keuntungan.
Asalkan kita turut dapat membina pendapatan tanpa batasan apabila tim kita dapat buat untung bersih yang tinggi pada tiap bulan.
3. Hidup sesuai kemampuan jangan sesuai kemampuan orang
Itu antara syarat ketat untuk menjadi kaya dengan makan gaji. Adakalanya kerana mengikut trend sedia ada, kita jadi pak turut supaya tidak ketinggalan. Contoh, trend graduan beli kereta dengan gaji pertama, kita jadi pak turut untuk mengikuti perkara itu.
Sedangkan kita sedar, kita belum mampu memiliki kereta dengan gaji sedia ada. Tidak mengapa andai menaiki kenderaan awam, itulah perkara yang maksima kita mampu.
Tetapkan matlamat simpan berapa. Antara cara orang kaya adalah mereka simpan dulu, baru belanja. Ia dikongsikan oleh Mekanik Kewangan, Abang Abu.
Pemikiran dan jiwa kita akan berbeza apabila kita ada simpanan wang yang banyak. Bayangkan antara kita ada simpanan RM4 dengan RM4,000, apa perasaan dan pemikiran kita ketika itu?
Pasti berbeza. Justeru, sentiasa muhasabah supaya kita lihat poket sendiri. Fikirkan redha Allah berbanding tanggapan manusia.
“Hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang.” (Surah Ar Raad: 28)
4. Hemat Dalam Berbelanja
Berbalik kepada prinsip ‘tengok poket sendiri’. Jangan kerana nak ikut orang dan nak orang tengok kita hebat dan poket lebat, kita buat-buat poket lebat. Penting untuk kita ada integriti (pegangan) yang kita hanya belanja saat perlu bukan mahu.
Pernah berlaku? Saat kita rasa kita beli benda yang kita mahu, suatu hari kita sedar ia bukan yang kita perlu. Dan ia hanya menjadi sesuatu barang yang menyemakkan rumah kita dan kita tak guna.
Oleh sebab itu, penting tapis sehingga 3 kali sebelum mahu ambil sesuatu barang yang kita tidak perlu. Banyakkan istighfar supaya kita tidak ikutkan nafsu ketika berbelanja. Insya-Allah didorongkan Allah membeli yang sepatutnya.
5. Bekerja Dengan Orang Sukses